Belajar
membaca
Proses mendekod
Mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod
perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan
berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca. Contoh : cara
membaca puisi
Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap,
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pesaka berpedoman kitab.
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datang.
1)
Memecahkan
kod-kod yang terpapar dipermukaan bertulis berdasarkan pengalaman latar anda
tentang ejaan dalam bentuk roman.
2) Menggunakan
kiu fonologi sebutan dalam bahasa Melayu yang berbentuk suku kata dan
menyebutnya dengan lancar sekali.
Bagi bahasa yang
menggunakan aksara khusus, proses mendekot ini merupakan proses yang paling
suka dikuasai kerana tidak ada satu sistem yang tekal dalam menyebut
bunyi-bunyi fonologi dalam bahasa tersebut. maka proses mendekod ini
dilaksanakan dengan cara menghafal dan mengingati setiap patah kata atau suku
kata yang terdapat dalam bahasa tersebut.
No comments:
Post a Comment