Kaedah dalam pendekatan
holistik
Satu
Pendekatan Holistik
# Literasi bahasa - kemampuan
menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca,
menulis dan berfikir.
# Penekanan kemahiran
bacaan secara ini adalah tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata, sehingga
kanak-kanak hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yang ditunjukkan
menerusi carta atau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya
dalam satu situasi yang lebih bermakna.
# Perkembangan pendidikan
Bahasa Melayu di sekolah pada masa yang sama juga percaya bahawa kanak-kanak perlu
belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajar kemahiran menulis.
# Pengajaran penulisan
secara bermakna hanya berlaku setelah pelajar memasuki tahun kedua persekolahan.
# Penulisan karangan
hanya diperkenalkan kepada pelajar tahun tiga atau empat.
# Ejaan ciptaan yang
digunakan kanak-kanak pada peringkat awal ini menjadi asas bagi memperkenalkan
mereka dengan alam penulisan yang sebenar pada peringkat yang lebih dewasa.
# Contoh pengajaran pada
awal bab ini menunjukkan bagaimana guru dapat menggunakan buku cerita “Anak
Ayam dengan Musang” dalam pengajaran bacaan dan pemahaman bacaannya. Pelajar terlibat secara langsung mendengar bacaan
cikgu mereka, membuat penaakulan, memberikan pandangan secara lisan, terlibat
dalam aktiviti perbincangan secara kumpulan, menulis, mengemukakan pandangan masing-masing
di dalam kumpulan kecil dan dalam bilik darjah, dan menulis pendapat mereka
dalam jurnal.
# Inilah yang dimaksudkan
peningkatan literasi bahasa menerusi pendekatan holistik dan bersepadu.
Penampilan
Literasi dan Penguasaan Bahasa
# Mereka berpendapat pengajaran
pembacaan hanya dapat dijalankan sekiranya kanak-kanak telah dapat menguasai
satu set kemahiran asas sebagai persediaan untuk menguasai kemahiran membaca
dengan kemahiran mengenal semua huruf.
# Ini juga bermaksud
penulisan (kecuali pembentukan huruf secara mekanis dan tulisan tangan) perlu
ditangguh sehingga kanak-kanak telah mencapai
kemahiran membaca sepenuhnya.
# Para pelajar perlu mempelajari
teknik membaca, bukan menguasai kemahiran membaca.
# Literasi tampil secara berterusan,
tanpa prasyarat mengenal huruf, dan terbina secara bersepadu di antara
kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
menulis dan berfikir.
# Pembelajaran literasi melibatkan
kesemua ciri proses komunikasi seperti membaca, menulis, bertutur, mendengar
dan berfikir.
# Bahasa dikuasai kerana bahasa
memberikan makna dan kemudahan berinteraksi dalam kehidupan kanak-kanak
tersebut.
# Teori ini banyak dipersoalkan
kerana terdapat beberapa kes kanak-kanak yang tidak menguasai bahasa kerana
mereka tidak terdedah dengan bahasa yang digunakan oleh manusia.
# Namun demikian secara
semula jadinya manusia memang mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana
terdapatnya sejenis alat yang terdapat dalam tubuh mereka iaitu Alat Menguasai
Bahasa (Language Acquisition Device-LAD). Alat ini memboleh seseorang manusia
menguasai dan menggunakan bahasa secara semula jadi.
# Menerusi teori inilah
kita dapat memahami bagaimana bahasa dikuasai. Secara ringkasnya kita mempelajari
bahawa bahasa dikuasai menerusi :
1. Apabila bahasa
mengandungi makna
2. Menerusi interaksi
dengan rakan sebaya atau orang dewasa
3. Dengan melakukan anggaran
4. Pada kadar yang
berbeza dan menerusi peringkat-peringkat tertentu walaupun mereka akan menerusi
peringkat penguasaan yang sama.
Kesediaan
Membaca
Teknik membaca
Membaca Bebas
Pelajar berpeluang
membaca bahan yang mereka pilih dari sekumpulan bahan yang disediakan guru. Aktiviti
bacaan yang dijalankan di dalam bilik darjah dikawal guru seberapa minima yang
boleh. Guru perlu menyediakan arahan awal supaya pelajar membuat beberapa
persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika
dan sesudah membaca dengan sendiri.
Menelah
Pelajar membuat telahan
tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka
pelajari pada bahagian yang lain. Mereka perlu membincangkan sama ada mereka
perlu menetapkan telahan atau mengubah semula telahan tersebut.Pola ini perlu
berterusan sehingga keseluruhan bahan selasai dibaca.
Membaca senyap
Setiap pelajar akan
membaca bahagian yang sama secara senyap, dan telahan perlu dibuat ketika
membaca senyap.Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan. Apabila pelajar
berhenti membaca, ceritakan semula atau ringkaskan apa yang telah mereka baca. Mereka
juga menyatakan perasaan mereka terhadap apa yang telah mereka baca atau apa
yangtelah mereka ketahui.
Meringkas dan bertindak
balas
Setelah selesai
keseluruhan petikan, pelajar meringkas apa yang mereka baca. Mereka bertindak
balas dengan membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang
mereka baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut.
Mereka boleh bertindak balas dengan menceritakan kepada seseorang tentang bahan
yang dibaca, menulis ringkasan cerita, atau membuat lukisan yang dapat
menggambarkan suasana atau watak yang dibaca.
Membaca secara
berkoperatif
Pelajar diberikan
bahagian tertentu untuk sesi membaca. Setiap orang ditugaskan untuk
menyelasikan bacaan bahagiannya dan menceritakan semula apa yang dibaca kepada
kumpulan yang lebih besar. Tugas membuat ringkasan atau ulasan terhadap bahan
dilakukan bersama-sama.
Membaca lantang
Pilih seorang pelajar
untuk membaca lantang bahagian awal teks sementara pelajar lain mengikut bacaan
tersebut secara beramai-ramai. Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan. Apabila
pelajar berhenti membaca lantang, ceritakan semula atau bincangkan apa yang
telah dibaca.
Membaca dengan panduan
guru
Guru memberikan panduan
atau mengarahkan pelajar menerusi pembacaan senyap terhadap sesuatu bahan dengan
bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan yang dapat mareka
jawab ketika mereka terus membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan. Guru
membantu pelajar membuat telahan terhadap bahagian bahan yang telah dibaca.
Berkongsi membaca
Kombinasi Kaedah-kaedah
Membaca
Kelima-lima kaedah
tersebut dapat membantu pelajar dalam pelbagai peringkat dan kadang-kala kaedah
ini boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggabungkan
kelima-lima kaedah ini guru menyediakan bantuan asas pada peringkat awal, kemudian
membenarkan pelajar dibantu oleh pasangannya, dan pada peringkat akhir pelajar
tersebut dapat membaca dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
No comments:
Post a Comment