FAKTOR MENYEBABKAN
MASALAH MEMBACA
FAKTOR DALAMAN
Menurut Mahzan Arshad (2008) masalah dalam membaca
disebabkan oleh:
1. Faktor
Fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria menyebabkan individu tidak
berkeupayaan membaca. Antara kecacatan yang dimaksudkan ialah :
Penglihatan
Ø Juling -
menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama akan mengakibatkan
imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
Ø Rabun dekat – (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
Ø Rabun
jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
Ø Astigmatism- penglihatan yang kabur
diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
Ø Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah
satu biji mata tidak sampai ke otak.
Persepsi Penglihatan – pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan
yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada
simptomnya ialah:
Ø
Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak
bermakna, seperti ‘musik’ menjadi 'masuki’.
Ø
Huruf atau perkataan
menjadi terbalik – seperti contoh b menjadi d, atau perkataan ‘bas’ menjadi
‘das’.
Ø
jenis percetakan atau saiz
huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
Ø
perkataan kelihatan seperti
imej cermin.
Ø
yang tidak dapat membezakan
suku kata.
Pendengaran (Auditori)
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan
menghadapi masalah untuk belajar membaca kerana bermasalah untuk membezakan
bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan
antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e.
Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada
yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan sebagainya) ialah masalah emosi,
kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak
lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.
2. Faktor
Neurologikal
Neurologi ialah kajian yang berkait sistem saraf manusia
termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang
pelbagai), dan bahagian organ reseptor. Sebahagian boleh memberikan kesan
terhadap kebolehan membaca yang berkait dengan masalah kesihatan yang
diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.
Kerosakan Otak - diakibatkan oleh kecederaan, penyakit, atau
kesan bahan toksit yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak boleh
terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder) yang akan
menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya
pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi
electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan
walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.
Neurologi Tidak Berfungsi – berlaku di bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya
atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan
bagi orang dewasa boleh juga diakibatkan oleh serangan sakit jantung.
Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal
yang boleh menyebabkan masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang
serius.
3. Faktor
Keturunan
Terdapat kajian menyatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan
untuk belajar. Contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical
and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian.
Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu.
Oleh itu, latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada
keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca dan
sebaliknya. Namun pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat
pencapaian kanak-kanak. Oleh itu ahli keluarga perlu menyediakan persekitaran
membaca yang efisien untuk ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
4. Faktor
Emosi
Kegagalan dalam membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar
kerana mereka mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa,
malas, gagal, dan sebagainya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar, dan kes
perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak dan
mereka turut menjadi tertekan.
FAKTOR LUARAN
1. Faktor
Sosio-ekonomi
Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang
rendah dan kanak-kanak dari SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi
juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam membaca. Pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan
ibu bapa perlu dibuat untuk membantu kanak-kanak supaya tidak
tercicir dalam sistem pendidikan.
2. Faktor
Instruksional
Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi
menetukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran. Pengajaran dan
pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan harus sesuai dengan
teknik perkembangan dan keupayaan pelajar mampu mempengaruhi kejayaan dan
keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran.
3. Faktor
Motivasi
Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca.
Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan
lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada
galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya. Galakan dan
dorongan membaca dari pelbagai pihak amat berkesan dengan pelbagai usaha.
4. Faktor
Genetik
Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan
dengan pembelajaran pemikiran kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor
genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada
kromosom 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga.
CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM MEMBACA
1. Ujian
Saringan dan Ujian Diagnostik dijalankan oleh guru pemulihan bagi mengesan
apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang dalam menguasai kemahiran membaca.
2. Program
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid
yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada
tahun satu.
3. Literasi,
Numerasi dan Saringan (LINUS) dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis
dan mengira dan pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011 semua pelajar yang
normal (100%) yang berada di sekolah di negara ini mencapai keupayaan literasi
dan numerasi.
4. Program
intervensi masalah ketidakupayaan membaca
5. Progam
Pembetulan Membaca
6. Progam
Pemulihan Membaca
7. Program
Membaca Klinikal
No comments:
Post a Comment