Definisi Membaca
Goodman, 1973 : membaca ialah proses psikolinguistik yang
bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang
dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.
Harris & Sipay, 1980 : proses memperoleh tafsiran
yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis
Smith & Johnson, 1980 : perlakuan membaca ialah
mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang
dibuat oleh pembaca
Safiah Othman, 1991 : membaca ialah proses mencari makna.
Anda belum membaca selagi anda tidak memahami.
Mahzan Arshad, 2003 : membina jambatan antara pengetahuan
sedia ada dengan pengetahuan baru yang bercetak di permukaan bertulis.
Membaca merupakan satu proses kognitif, iaitu proses yang
menggunakan minda bagi mendapat makna dari bahan bercetak. Pembaca ialah
seseorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenalpasti bentuk huruf,
ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau
dekoding). Seseorang yang membaca akan menggunakan tiga sistem kiu iaitu :
·
Kiu
grafik – huruf-huruf yang tertulis
·
Kiu
sintaktik – struktur bahasa
·
Kiu
semantik - makna


No comments:
Post a Comment