Teori
Membaca
Proses “Bottom-up”
Ø Terdapat 2 cara proses ini berlaku
1)
Mengenalpasti
huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis, sama ada huruf tersebut dalam
bentuk ortografi yang paling banyak digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia
masa kini seperti bentuk huruf roman (tulisan rumi) dan bentuk huruf arab
(tulisan jawi).
2)
Huruf-huruf
tersebut akan digabungkan dalam satu sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.
Ø Oleh itu, pembaca akan terus memperoleh makna daripada
ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut.
Ø Dari ayat terbina pula perenggan yang memberikan maksud
secara berwacana kepada pembaca.
Ø Proses ini menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh
maklumat yang lengkap daripada bahan bacaan yang dibacanya.
Ø
Lihat
rajah di bawah :
Pengalaman sedia ada
|
↑
Objektif membaca
|
↑
Pemahaman terhadap teks
|
↑
Perenggan
|
↑
Ayat
|
↑
Perkataan
|
↑
Sukukata
|
↑
Abjad
|
Proses “Top-down”
Ø Pembaca tidak perlu mengenalpasti setiap patah perkataan
dan hanya perlu memahami bahan bacaan secara keseluruhan terlebih dahulu.
Ø Setelah faham maksud barulah membuat perincian maksud
perenggan yang berbeza dan kemudiannya mencerakin ayat-ayat yang terdapat dalam
perenggan.
Ø Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat dalam
teks tetapi dalam diri pembaca.
Ø Bunyi atau fonik setiap patah perkataan tidak perlu
dikuasai secara terperinci kerana membaca adalah satu proses membina makna dan
bukan sebutan semata-mata.
Objektif membaca
|
↓
Pemahaman terhadap teks
|
↓
Perenggan
|
↓
Ayat
|
↓
Perkataan
|
↓
Sukukata
|
↓
Abjad
|
No comments:
Post a Comment