Monday, 28 April 2014

DEFINISI MEMBACA

Definisi Membaca



Goodman, 1973 : membaca ialah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan.
Harris & Sipay, 1980 : proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis
Smith & Johnson, 1980 : perlakuan membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca
Safiah Othman, 1991 : membaca ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami.
Mahzan Arshad, 2003 : membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang bercetak di permukaan bertulis.

Membaca merupakan satu proses kognitif, iaitu proses yang menggunakan minda bagi mendapat makna dari bahan bercetak. Pembaca ialah seseorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau dekoding). Seseorang yang membaca akan menggunakan tiga sistem kiu iaitu :

·         Kiu grafik – huruf-huruf yang tertulis
·         Kiu sintaktik – struktur bahasa
·         Kiu semantik - makna

TEORI MEMBACA

Teori Membaca


Proses “Bottom-up”

Ø  Terdapat 2 cara proses ini berlaku
1)      Mengenalpasti huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis, sama ada huruf tersebut dalam bentuk ortografi yang paling banyak digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia masa kini seperti bentuk huruf roman (tulisan rumi) dan bentuk huruf arab (tulisan jawi).
2)      Huruf-huruf tersebut akan digabungkan dalam satu sistem ejaan dalam sesuatu bahasa.
Ø  Oleh itu, pembaca akan terus memperoleh makna daripada ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut.
Ø  Dari ayat terbina pula perenggan yang memberikan maksud secara berwacana kepada pembaca.
Ø  Proses ini menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat yang lengkap daripada bahan bacaan yang dibacanya.
Ø     Lihat rajah di bawah :
Pengalaman sedia ada
Objektif membaca
Pemahaman terhadap teks
Perenggan
Ayat
Perkataan
Sukukata
Abjad


Proses “Top-down”

Ø  Pembaca tidak perlu mengenalpasti setiap patah perkataan dan hanya perlu memahami bahan bacaan secara keseluruhan terlebih dahulu.
Ø  Setelah faham maksud barulah membuat perincian maksud perenggan yang berbeza dan kemudiannya mencerakin ayat-ayat yang terdapat dalam perenggan.
Ø  Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat dalam teks tetapi dalam diri pembaca.
Ø  Bunyi atau fonik setiap patah perkataan tidak perlu dikuasai secara terperinci kerana membaca adalah satu proses membina makna dan bukan sebutan semata-mata.
Objektif membaca
Pemahaman terhadap teks
Perenggan
Ayat
Perkataan
Sukukata
Abjad


BELAJAR MEMBACA

Belajar membaca



Proses mendekod

Mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca. Contoh : cara membaca puisi

Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap,
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pesaka berpedoman kitab.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datang.

1)      Memecahkan kod-kod yang terpapar dipermukaan bertulis berdasarkan pengalaman latar anda tentang ejaan dalam bentuk roman.
2)     Menggunakan kiu fonologi sebutan dalam bahasa Melayu yang berbentuk suku kata dan menyebutnya dengan lancar sekali.


Bagi bahasa yang menggunakan aksara khusus, proses mendekot ini merupakan proses yang paling suka dikuasai kerana tidak ada satu sistem yang tekal dalam menyebut bunyi-bunyi fonologi dalam bahasa tersebut. maka proses mendekod ini dilaksanakan dengan cara menghafal dan mengingati setiap patah kata atau suku kata yang terdapat dalam bahasa tersebut.

MASALAH DALAM MEMBACA

FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH MEMBACA



FAKTOR DALAMAN

Menurut  Mahzan Arshad (2008) masalah dalam membaca disebabkan oleh:

1.     Faktor Fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria menyebabkan individu tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan yang dimaksudkan ialah :
Penglihatan
Ø  Juling - menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama akan mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
Ø   Rabun dekat – (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
Ø  Rabun jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
Ø   Astigmatism- penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.
Ø   Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.

Persepsi Penglihatan – pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah:
Ø  Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti ‘musik’ menjadi 'masuki’.
Ø   Huruf atau perkataan menjadi terbalik – seperti contoh b menjadi d, atau perkataan ‘bas’ menjadi ‘das’.
Ø   jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
Ø   perkataan kelihatan seperti imej cermin.
Ø   yang tidak dapat membezakan suku kata.

Pendengaran (Auditori)
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca kerana bermasalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e.

Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.

2.     Faktor Neurologikal
Neurologi ialah kajian yang berkait sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai), dan bahagian organ reseptor. Sebahagian boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca yang berkait dengan masalah kesihatan yang diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.

Kerosakan Otak - diakibatkan oleh kecederaan, penyakit, atau kesan bahan toksit yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak boleh terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder) yang akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.

Neurologi Tidak Berfungsi – berlaku di bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa boleh juga diakibatkan oleh serangan sakit jantung.
Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal yang boleh menyebabkan masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.

3.     Faktor Keturunan
Terdapat kajian menyatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Oleh itu, latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca dan sebaliknya. Namun pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak. Oleh itu ahli keluarga perlu menyediakan persekitaran membaca yang efisien untuk ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

4.     Faktor Emosi
Kegagalan dalam membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar kerana mereka mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar, dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak dan mereka turut menjadi tertekan.

FAKTOR LUARAN

1.     Faktor Sosio-ekonomi

Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak dari SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca. Pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa perlu dibuat untuk  membantu kanak-kanak supaya tidak  tercicir dalam sistem pendidikan.

2.     Faktor Instruksional

Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menetukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan harus sesuai dengan teknik perkembangan dan keupayaan pelajar mampu  mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran.

3.     Faktor Motivasi

Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya. Galakan dan dorongan membaca dari pelbagai pihak amat berkesan dengan pelbagai usaha.

4.     Faktor Genetik

Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan dengan pembelajaran pemikiran kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga.

CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM MEMBACA

1.    Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik dijalankan oleh guru pemulihan bagi mengesan apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang dalam menguasai kemahiran membaca.
2.  Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.
3.    Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS) dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira dan pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011 semua pelajar yang normal (100%) yang berada di sekolah di negara ini mencapai keupayaan literasi dan numerasi.
4.     Program intervensi masalah ketidakupayaan membaca
5.     Progam Pembetulan Membaca
6.     Progam Pemulihan Membaca
7.     Program Membaca Klinikal

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Pemilihan Bahan Bacaan

 


Kelakuan, kebolehan dan keupayaan membaca, dan minat golongan muda membaca berbeza-beza mengikut peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza.  Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sesebuah bahan bacaan. Terdapat beberapa komponen penting yang perlu diambil kira dalam proses pemilihan bahan bacaan.

1.      Sesuai mengikut peringkat umur

Pemilihan bahan bacaan mestilah sesuai dengan peringkat umur pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang sesuai penting kerana setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar. Terdapat dua jenis bahan bacaan iaitu fiksyen dan bukan fiksyen.

2.      Fizikal

Fizikal yang dimaksudkan ialah fizikal bahan bacaan tersebut haruslah menarik minat pelajar. Fizikal bahan bacaan ini merangkumi reka bentuk termasuk saiz dan komponen, saiz font, dan keterampilan bahan tersebut. Bagi kanak-kanak keadaan bahan bacaan haruslah sesuai dengan umur dan keadaan kanak-kanak tersebut agar dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca.

3.      Isi kandungan

Bahan bacaan yang baik ialah mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. Pelajar harus mengenal jenis bahan bacaan yang dibaca sama ada berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen. Selain itu, mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan pengajaran kepada pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang tepat dapat meransang kesedaran dan pemikiran yang kritis para pembaca.

4.      Bahasa yang sesuai


Pemilihan bahan bacaan yang sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. Contohnya dalam penggunaan kosa kata, rangkai kata, tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan tahap pemikiran pembaca.

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA

Kaedah dalam pendekatan holistik



Satu Pendekatan Holistik

# Literasi bahasa - kemampuan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir.
# Penekanan kemahiran bacaan secara ini adalah tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata, sehingga kanak-kanak hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yang ditunjukkan menerusi carta atau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya dalam satu situasi yang lebih bermakna.
# Perkembangan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah pada masa yang sama juga percaya bahawa kanak-kanak perlu belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajar kemahiran menulis.
# Pengajaran penulisan secara bermakna hanya berlaku setelah pelajar memasuki tahun kedua persekolahan.
# Penulisan karangan hanya diperkenalkan kepada pelajar tahun tiga atau empat.
# Ejaan ciptaan yang digunakan kanak-kanak pada peringkat awal ini menjadi asas bagi memperkenalkan mereka dengan alam penulisan yang sebenar pada peringkat yang lebih dewasa.
# Contoh pengajaran pada awal bab ini menunjukkan bagaimana guru dapat menggunakan buku cerita “Anak Ayam dengan Musang” dalam pengajaran bacaan dan pemahaman bacaannya. Pelajar  terlibat secara langsung mendengar bacaan cikgu mereka, membuat penaakulan, memberikan pandangan secara lisan, terlibat dalam aktiviti perbincangan secara kumpulan, menulis, mengemukakan pandangan masing-masing di dalam kumpulan kecil dan dalam bilik darjah, dan menulis pendapat mereka dalam jurnal.
# Inilah yang dimaksudkan peningkatan literasi bahasa menerusi pendekatan holistik dan bersepadu.

Penampilan Literasi dan Penguasaan Bahasa

# Mereka berpendapat pengajaran pembacaan hanya dapat dijalankan sekiranya kanak-kanak telah dapat menguasai satu set kemahiran asas sebagai persediaan untuk menguasai kemahiran membaca dengan kemahiran mengenal semua huruf.
# Ini juga bermaksud penulisan (kecuali pembentukan huruf secara mekanis dan tulisan tangan) perlu ditangguh sehingga kanak-kanak telah mencapai  kemahiran membaca sepenuhnya.
# Para pelajar perlu mempelajari teknik membaca, bukan menguasai kemahiran membaca.
# Literasi tampil secara berterusan, tanpa prasyarat mengenal huruf, dan terbina secara bersepadu di antara kemahiran  mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir.
# Pembelajaran literasi melibatkan kesemua ciri proses komunikasi seperti membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir.
# Bahasa dikuasai kerana bahasa memberikan makna dan kemudahan berinteraksi dalam kehidupan kanak-kanak tersebut.
# Teori ini banyak dipersoalkan kerana terdapat beberapa kes kanak-kanak yang tidak menguasai bahasa kerana mereka tidak terdedah dengan bahasa yang digunakan oleh manusia.
# Namun demikian secara semula jadinya manusia memang mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat yang terdapat dalam tubuh mereka iaitu Alat Menguasai Bahasa (Language Acquisition Device-LAD). Alat ini memboleh seseorang manusia menguasai dan menggunakan bahasa secara semula jadi.
# Menerusi teori inilah kita dapat memahami bagaimana bahasa dikuasai. Secara ringkasnya kita mempelajari bahawa bahasa dikuasai menerusi : 
1. Apabila bahasa mengandungi makna
2. Menerusi interaksi dengan rakan sebaya atau orang dewasa
3. Dengan melakukan anggaran
4. Pada kadar yang berbeza dan menerusi peringkat-peringkat tertentu walaupun mereka akan menerusi peringkat penguasaan yang sama.

Kesediaan Membaca

Teknik membaca

Membaca Bebas

Pelajar berpeluang membaca bahan yang mereka pilih dari sekumpulan bahan yang disediakan guru. Aktiviti bacaan yang dijalankan di dalam bilik darjah dikawal guru seberapa minima yang boleh. Guru perlu menyediakan arahan awal supaya pelajar membuat beberapa persediaan sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca dengan sendiri.

Menelah

Pelajar membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka pelajari pada bahagian yang lain. Mereka perlu membincangkan sama ada mereka perlu menetapkan telahan atau mengubah semula telahan tersebut.Pola ini perlu berterusan sehingga keseluruhan bahan selasai dibaca.

Membaca senyap

Setiap pelajar akan membaca bahagian yang sama secara senyap, dan telahan perlu dibuat ketika membaca senyap.Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan. Apabila pelajar berhenti membaca, ceritakan semula atau ringkaskan apa yang telah mereka baca. Mereka juga menyatakan perasaan mereka terhadap apa yang telah mereka baca atau apa yangtelah mereka ketahui.

Meringkas dan bertindak balas

Setelah selesai keseluruhan petikan, pelajar meringkas apa yang mereka baca. Mereka bertindak balas dengan membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang mereka baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut. Mereka boleh bertindak balas dengan menceritakan kepada seseorang tentang bahan yang dibaca, menulis ringkasan cerita, atau membuat lukisan yang dapat menggambarkan suasana atau watak yang dibaca.

Membaca secara berkoperatif

Pelajar diberikan bahagian tertentu untuk sesi membaca. Setiap orang ditugaskan untuk menyelasikan bacaan bahagiannya dan menceritakan semula apa yang dibaca kepada kumpulan yang lebih besar. Tugas membuat ringkasan atau ulasan terhadap bahan dilakukan bersama-sama.

Membaca lantang

Pilih seorang pelajar untuk membaca lantang bahagian awal teks sementara pelajar lain mengikut bacaan tersebut secara beramai-ramai. Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan. Apabila pelajar berhenti membaca lantang, ceritakan semula atau bincangkan apa yang telah dibaca.

Membaca dengan panduan guru

Guru memberikan panduan atau mengarahkan pelajar menerusi pembacaan senyap terhadap sesuatu bahan dengan bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan yang dapat mareka jawab ketika mereka terus membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan. Guru membantu pelajar membuat telahan terhadap bahagian bahan yang telah dibaca.

Berkongsi membaca

Guru membaca lantang satu cerita dan mengajak murid-murid bersama-sama membaca. Cerita akan dibaca beberapa kali, dan murid akan diberi peluang bagi bertindakbalas menerusi penulisan, lukisan, drama, perbincangan, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Kombinasi Kaedah-kaedah Membaca

Kelima-lima kaedah tersebut dapat membantu pelajar dalam pelbagai peringkat dan kadang-kala kaedah ini boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggabungkan kelima-lima kaedah ini guru menyediakan bantuan asas pada peringkat awal, kemudian membenarkan pelajar dibantu oleh pasangannya, dan pada peringkat akhir pelajar tersebut dapat membaca dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.